logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

20 Pesara dan Bakal Pesara Jabatan Perdana Menteri Diraikan di Majlis ‘Lambaian Kasih, Sanjungan Budi’

PUTRAJAYA, 31 Oktober 2022 - Majlis 'Lambaian Kasih, Sanjungan Budi' telah diadakan pada petang tadi bagi meraikan seramai 20 orang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah serta bakal bersara pada tahun 2022.

Majlis yang telah berlangsung di Hotel Zenith, Putrajaya ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato' Mohd Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM; YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) [TKSU(K&P)], JPM serta yang diraikan, YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) [TKSU(P)], JPM, selain Setiausaha-Setiausaha Bahagian di JPM.

Antara pengisian majlis adalah ucapan penghargaan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN kepada semua pesara dan bakal pesara manakala ucapan balas bagi wakil pesara pula telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, mantan TKSU(P), JPM.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangan kepada para pesara dan bakal pesara serta telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN dengan diriingi oleh YBhg. Dato’ TKSUK dan YBhg. Dato’ TKSU(K&P).


  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 345
  • Total visitors: 204
  • Average time: 00:12:10
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.141
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100172