logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Bengkel Pengurusan Projek Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022

PULAU PINANG, 29 Oktober 2022 – Bengkel Pengurusan Projek Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2022 telah diadakan selama 3 hari bermula dari 27 - 29 Oktober 2022, bertempat di Berjaya Penang Hotel.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan dan meningkatkan kompetensi serta daya inovasi berkaitan pengurusan projek pembangunan, pengurusan perbelanjaan pembangunan dan pengurusan tanah dalam kalangan Pegawai Pembangunan Jabatan/Agensi di bawah JPM.

Bengkel anjuran Bahagian Pembangunan JPM ini juga telah menghimpunkan 70 orang peserta daripada 30 Jabatan/Agensi di bawah JPM.

Pengisian bengkel ini telah disampaikan oleh pegawai yang pakar dan berpengalaman terdiri daripada Bahagian Audit Dalam JPM, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), JPM serta Jabatan Kerja Raya (JKR) berkaitan amalan-amalan terbaik pengurusan projek.

Majlis Perasmian Penutupan bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan JPM pada pagi ini dengan menyampaikan amanat serta aspirasi Pengurusan Tertinggi JPM agar projek/program di bawah Peruntukan Pembangunan (DE) JPM dapat dilaksana dan dipantau dengan lebih berkesan pada masa akan datang.


  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 980
  • Total visitors: 587
  • Average time: 00:14:28
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.504
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100879