logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Pelancaran Souq@Keluarga Malaysia di Masjid Jamek Berserah, Kuantan, Pahang

KUANTAN, 29 Oktober 2022 - YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada petang ini telah hadir ke Majlis Pelancaran Souq@Keluarga Malaysia di Masjid Jamek Berserah, Kuantan, Pahang bersempena dengan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Peringkat Negeri Pahang.

Program Souq@Keluarga Malaysia atau dalam bahasa Melayu bermaksud ‘pasar’ merupakan inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menyantuni Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan memberi bantuan secara terus kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Hari ini seramai 500 penerima yang terdiri daripada golongan B40, Orang Kelainan Upaya (OKU), petani, penoreh getah, mualaf dan rakan-rakan bukan Islam termasuk 150 Orang Kena Pengawasan (OKP) menerima sumbangan berupa pek beras, ayam mentah dan barangan keperluan harian.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM); YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM; YBhg. Dato' Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang.

 


  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 2699
  • Total visitors: 1527
  • Average time: 00:22:23
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    874.019
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100934