NTIC Bakal Menjadi Hab Pemangkin R&D, Inovasi Teknologi dan Pembangunan Ekosistem
- : 1122
BAYAN LEPAS, 4 November 2022 - YBrs. Dr Nik Adi Sukiman bin Nik Ahmad Fauzi, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Pihak Berkuasa Koridor, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan rasmi ke NCER Technology Innovation Centre (NTIC).
Hadir sama dalam sesi ini ialah Encik Muhammad Fazlullah bin Abdul Aziz, Pengarah Penyampaian Projek dan Encik Ahmad Amzar bin Khairun Anuar Pengurus Kanan Perhubungan Persekutuan, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
NTIC bakal memainkan peranan sebagai hab pemangkin Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), inovasi teknologi dan pembangunan ekosistem apabila projek menaiktaraf kemudahan ini siap pada suku pertama tahun 2024.
Projek JPM melalui NCIA ini juga bakal menjadi pusat kecemerlangan bagi membangunkan modal insan berkemahiran tinggi di kalangan anak tempatan dalam teknologi dan inovasi bertaraf dunia khusus untuk menyokong ekosistem perindustrian di Wilayah Ekonomi Koridor Utara.


