Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Tanah Pihak Berkuasa Koridor Utara Bil.1/2022
- : 730
PADANG TERAP, 3 November 2022 - Sebagaimana yang diumumkan pada Februari 2022 oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, Kedah Rubber City (KRC) dijangka membawa masuk pelaburan berjumlah RM10 billion dengan 15,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan di taman perindustrian baharu seluas 500 hektar di Padang Terap, Kedah.
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Tanah Pihak Berkuasa Koridor Utara Bil.1/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan pada petang ini di Padang Terap, Kuala Nerang.
Mesyuarat ini diadakan bagi memudahcara urusan tanah berkaitan dan memastikan projek-projek Koridor Utara seperti KRC dapat dibangunkan dengan segera serta memberikan limpahan hasil ekonomi berganda kepada rakyat khususnya di Negeri Kedah.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) serta agensi-agensi Kerajaan Negeri Kedah seperti Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) dan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Hadir sama YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) [TKSU(K&P)], JPM dan wakil-wakil dari JPM yang lain.




