Sesi Clock Out Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri
- : 575
Putrajaya, 27 Oktober 2022 – Pada petang ini telah berlangsung sesi ‘clock out’ yang terakhir bagi YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau mula bersara wajib pada 30 Oktober 2022.
Sesi yang diadakan di Lobi Utama, Aras 1, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) serta pegawai-pegawai kanan JPM yang lain.
Warga JPM turut mengiringi sesi ‘clock out’ ini sebagai tanda salam perpisahan dan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga atas kepimpinan dan jasa yang telah dicurahkan oleh YBhg. Datuk Mohammad sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM mulai 1 Julai 2020.
Seluruh warga JPM mendoakan agar YBhg. Datuk sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah SWT.
Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.