logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Bajet 2023, Bajet Terbesar Dalam Sejarah Negara

KUANTAN, 29 Oktober 2022  - Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober yang lalu dengan bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama” adalah merupakan bajet terbesar dalam sejarah negara kerana memperuntukkan sebanyak RM372.3 bilion untuk memberi manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Bajet ini bukan sekadar manifesto kerana mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melaksanakannya, tetapi mencakupi keperluan semua lapisan masyarakat bagi memastikan tiada Keluarga Malaysia yang tercicir mendapat manfaat daripadanya.

Ini antara petikan ucapan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri semasa merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Pahang pada pagi ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang.

Selesai Majlis Perasmian, YAB Perdana Menteri turut singgah ke Kapsul Keluarga Malaysia bagi melancarkan “Buku Inisiatif Keluarga Malaysia” yang memaparkan inisiatif-inisiatif Keluarga Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara, malah dapat mengekalkan keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

Turut hadir pada Majlis Perasmian ialah YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); dan YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Turut hadir juga ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri.

JAKM Negeri Pahang yang merupakan siri jelajah ke-12 ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan telah membuka tirainya bermula 28 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022 dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti menarik untuk para pengunjung #KeluargaMalaysia khususnya warga Negeri Pahang seperti perkhidmatan pelbagai kementerian dan agensi terus kepada rakyat, program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dan pelbagai Jualan Keluarga Malaysia.


  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 272
  • Total visitors: 169
  • Average time: 00:09:46
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.109
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100169