Ketua Setiausaha Negara Menyantuni Penduduk Sekitar Program Perumahan Rakyat (Ppr) Tehel, Melaka
- : 530
AYER KEROH, 15 Oktober 2022 - YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada pagi ini telah menyantuni sekaligus menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) kepada 15 orang asnaf dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta 35 orang penerima e-Kasih di sekitar Program Perumahan Rakyat (PPR) Tehel yang diharap dapat membantu meringankan beban mereka.
Sebelum itu, KSN telah menyempurnakan sesi pelepasan seterusnya menyertai Kayuhan (Fun Ride) bersama YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka serta para penjawat awam Negeri Melaka sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Peringkat Negeri Melaka bermula di Menara Persekutuan, Ayer Keroh, Melaka dan berakhir di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan jarak kayuhan sejauh 16.4 kilometer.
Kayuhan ini adalah merupakan kayuhan siri ke-12 selepas JAKM Negeri Sembilan.
Acara ini turut disertai oleh YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Pegawai-Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri.