logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Prestasi Ekonomi Malaysia Terbaik Di Asia Tenggara Dengan Pertumbuhan Keluaran Kdnk Sebanyak 8.9% Pada Suku Kedua 2022 Berbanding 5.0% Pada Suku Pertama 2022

AYER KEROH, 14 Oktober 2022 - "Malaysia muncul antara negara yang menyaksikan prestasi ekonomi terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 berbanding 5.0 peratus pada suku pertama 2022".

"Kejayaan ini disahut oleh Bank Dunia yang telah menyemak semula unjuran KDNK bagi tahun 2022 kepada 6.4 peratus berbanding 5.5 peratus yang diunjurkan pada bulan Mac lalu. Separuh pertama 2022 pula, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat aliran langsung bersih lebih tinggi bernilai RM47.4 bilion", menurut YAB Datuk Seri Utama Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Melaka pada petang ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer keroh, Melaka.

YAB Perdana Menteri juga berkeyakinan ekonomi negara tahun ini mampu mencapai sasaran KDNK antara 6.5 peratus hingga 7 peratus dengan mengambil kira pencapaian separuh pertama tahun 2022 sebanyak 8.9 peratus.

JAKM Negeri Melaka yang merupakan siri jelajah ke-11 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga (KPWKM) telah membuka tirainya bermula hari ini sehingga 16 Oktober 2022 dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti menarik untuk para pengunjung #KeluargaMalaysia khususnya warga Negeri Melaka.

Selesai perasmian, YAB Perdana Menteri turut menghadiri Kenduri Rakyat Keluarga Malaysia bagi bersama-sama menikmati juadah petang yang berkonsepkan ‘Kenduri Bersama Rakyat’.

Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan turut disediakan sepanjang program ini berlangsung seperti perkhidmatan pelbagai kementerian dan agensi terus kepada rakyat, program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dan pelbagai Jualan Keluarga Malaysia.

Turut hadir pada Majlis Perasmian petang tadi ialah YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Turut hadir juga ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri.


  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 14
  • Total visitors: 7
  • Average time: 00:02:25
  • Page per user: 2
  • Visitors counter
    872.535
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100884