logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Sesi Coffee Talk Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Bersama Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 14 November 2022 - “Sikap pantas dan proaktif perlu ada pada setiap pegawai kerana ia adalah antara elemen penting dalam memastikan kelancaran komunikasi organisasi serta keberkesanan medium komunikasi massa JPM dalam menyampaikan inisiatif-inisiatif berimpak tinggi dan maklumat-maklumat semasa kepada rakyat.”
 
Itu antara pesanan yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada para pegawai Gred 41-48 dari Unit Komunikasi Korporat (UKK), JPM dalam sesi ‘Coffee Talk Bersama TKSUK’ yang telah berlangsung pada pagi ini di Ruang Singgah Tamu, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
 
Perbincangan antara lain turut memberi penekanan kepada kepentingan integriti pada setiap pegawai bagi memastikan imej perkhidmatan awam terjaga selain penambahbaikan proses kerja yang melibatkan aktiviti-aktiviti perhubungan awam dan komunikasi strategik agar relevan dengan situasi semasa.
 
 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 33
  • Total visitors: 20
  • Average time: 00:02:34
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.546
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100886