Program Siri Ceramah Kemerdekaan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 : Merdeka dan Perlembagaan Malaysia
- : 341
PUTRAJAYA, 29 Ogos 2022 - Pada 30 Julai yang lalu, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putrajaya.
Selaras dengan pelancaran tersebut, pelbagai program dan aktiviti dianjurkan termasuk ceramah kenegaraan kerana ianya mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan ini dengan menganjurkan satu siri ceramah bertajuk 'Merdeka dan Perlembagaan Malaysia' yang telah diadakan pada pagi ini di Auditorium, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Matlamat utama penganjurannya adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan warga JPM, selain menyemai semangat #KeluargaMalaysia dan seterusnya menanam rasa sayang dan cinta kepada negara.
Ianya juga bertujuan untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara, jati diri serta menanam rasa tanggungjawab terhadap negara.
Ceramah anjuran Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), JPM ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Shamrahayu binti Abd. Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan dihadiri oleh seramai 100 orang warga JPM.




