Kelab Keluarga Malaysia Pemangkin Kepada Asas Perpaduan Yang Lebih Kukuh
- : 967
BERA, 16 November 2022 – Kelab Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan untuk mempromosi konsep Keluarga Malaysia melalui penyertaan seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.
Ia bertujuan untuk membentuk satu ikatan kekeluargaan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sukan, riadah, pendidikan, kesihatan, kerohanian dan pelbagai lagi bersama ahli keluarga masing-masing.
Kelab ini juga akan menjadi pemangkin kepada asas pembentukan perpaduan yang lebih kukuh melalui interaksi sihat dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Para belia akan turut dapat memanfaatkan peluang yang sedia ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada negara disamping memupuk nilai- nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian.
Ini antara intipati ucapan YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) semasa merasmikan Majlis Pra Pelancaran Kelab Keluarga Malaysia pada malam ini di Laman Kerayong, Bandar Bera, Pahang.
Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); Puan Wan Azilawati binti Wan Mahmood, Pengarah Eksekutif Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama, (SEPADU), JPM; dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan serta Negeri Pahang.




