logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Skuad Waja Memperkasakan Komuniti Menangani Isu Keganasan Terhadap Wanita

PUTRAJAYA, 17 November 2022 – Skuad WAJA (Wanita Anti Jenayah) berperanan memperkasakan komuniti melalui psikososial dan aktiviti bimbingan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah khususnya dalam kalangan wanita. Ia juga memberi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap golongan hawa ini.
 
Menyedari kepentingan tersebut, Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Majlis Akrab Kebangsaan (MAK) serta Jabatan Pembangunan Wanita telah menganjurkan Kursus Skuad Waja Siri 2/2022@AKRABJPM pada pagi ini di Dewan Makan, Aras 2, Setia Perdana 1, Putrajaya bagi memberi pendedahan mengenai objektif penubuhan Skuad Waja tersebut.
 
Kursus yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian (SUB), BSM, JPM ini turut membentuk satu pasukan Skuad Waja di peringkat JPM yang dianggotai oleh warga dan ahli AKRAB JPM. Pasukan ini juga diketuai oleh AKRAB JPM yang menjadi penggerak kepada inisiatif Skuad Waja.
 
Turut hadir dalam kursus ini ialah Encik Afendi bin Ya @ Zakaria, Presiden Majlis Akrab Kebangsaan (MAK) dan disertai oleh 120 orang peserta dari kalangan warga JPM.
 
 
 
 
 
 

 


  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 123
  • Total visitors: 80
  • Average time: 00:07:07
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.061
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106585