Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Ke Projek Taman Industri Halal Pasir Mas Di Bawah ECERDC
- : 836
PASIR MAS, 18 November 2022 - YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Taman Industri Halal Pasir Mas, Kelantan bagi memantau projek-projek di bawah JPM dengan lebih dekat dan berkesan di samping melihat keberkesanan projek-projek yang telah dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan, JPM, YBrs. Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan ECERDC.
Para Delegasi telah disambut dan diberi taklimat mengenai pembangunan Projek Taman Industri Halal Pasir Mas oleh YBhg. Dato' Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC.

