Semangat Islah Penjawat Awam, Perubahan Ke Arah Kebaikan Demi Negara
- : 785
PUTRAJAYA, 29 November 2022 - Perkhidmatan awam adalah tonggak negara dan sehubungan itu, semua penjawat awam diseru untuk bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan serta membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara.
Ini merupakan antara intipati ucapan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri semasa perjumpaan beliau bersama warga JPM buat julung kalinya pada pagi ini di Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan November 2022 pada pagi ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara; YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM; YBhg. Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi); dan wakil-wakil penjawat awam daripada setiap jabatan/agensi JPM.






