logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim Mula Tugas Sebagai Perdana Menteri Ke - 10

PUTRAJAYA, 25 November 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk melantik YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, 75 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu berkuatkuasa 24 November 2022.

YAB Perdana Menteri diringi pegawai-pegawai kanan kerajaan pada pagi ini telah mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Sejurus selesai sesi mengimbas kad perakam waktu, YAB Perdana Menteri bergerak ke ruang pejabat Perdana Menteri bagi menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Ketibaan YAB Perdana Menteri Ke-10 ini turut disambut oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara; YBhg. Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara; YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Darat.

Turut hadir juga ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); YBhg. Datuk Dr. Farizah Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet; YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), JPM dan YBhg. Datuk Shahrul Kamal Osman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia, JPM.

 

 

 


  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 34
  • Total visitors: 21
  • Average time: 00:02:44
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.547
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100886