YAB Perdana Menteri Mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022
- : 669
PUTRAJAYA, 27 November 2022 - Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Malaysia Tahun 2022 telah diadakan pada pagi ini di Bilik Mesyuarat Aras 3, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menjadi keutamaan kerajaan bagi mengurangkan beban yang dialami rakyat ketika ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ini telah membincangkan beberapa pelan tindakan segera dan jangka panjang bagi mengatasi masalah lonjakan kos sara hidup yang dihadapi rakyat, khususnya golongan miskin.
Sejurus selesai mesyuarat, satu sidang media telah diadakan oleh YAB Perdana Menteri, dan antara intipati yang ditekankan:
- kos sara hidup isu yang sangat menyeksa golongan miskin;
- subsidi kerajaan akan tertumpu kepada golongan masyarakat tertentu;
- golongan kaya serta industri-industri besar tidak harus memperoleh subsidi kerajaan.
- kerajaan akan mengambil masa selama 2 minggu untuk mengkaji kos sara hidup rakyat sebelum pembentangan kabinet.
Turut hadir pada mesyuarat pagi ini ialah YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; Ketua-Ketua Setiausaha; YBhg. Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara Malaysia; Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha; dan barisan pegawai tertinggi kerajaan.