logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Kursus Pengukuhan Kerjaya Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022

SEREMBAN, 29 November 2022 - “If everyone is moving forward together, then success takes care of itself” merupakan suntikan semangat kepada 23 orang Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Bahagian/ Pusat Kos/ Agensi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menyertai Kursus Pengukuhan Kerjaya Penolong Pegawai Tadbir, JPM Tahun 2022, bertempat di Klana Resort Seremban bermula hari ini sehingga 1 Disember 2022.
 
Suntikan semangat tersebut telah disampaikan oleh Puan Ratnawati @ Nurul Hana binti Nashirudin, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Pembukaan kursus tersebut.
 
Kursus yang dilaksanakan selama tiga hari ini dirangka untuk menjadi wahana penguasaan semua aspek bidang tugas PPT. JPM berhasrat melahirkan PPT yang kompeten, bijak memainkan peranan dan memacu ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.
 
Di akhir kursus kelak, PPT yang hadir diharapkan akan lebih cakna dalam mengurus emosi, mempunyai peningkatan kemahiran penyeliaan dan penyelesaian masalah disamping dapat menambah ilmu pengetahuan terhadap skop tugas skim perkhidmatan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 961
  • Total visitors: 577
  • Average time: 00:14:19
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.494
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100878