Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam Jabatan/Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri Bilangan 2 Tahun 2022
- : 688
PUTRAJAYA, 29 November 2022 - Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam Jabatan/Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 2 Tahun 2022 telah berlangsung pada petang ini di Bilik Persidangan Dinamik, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia yang turut menjalankan tugas Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM ini telah dihadiri oleh para Pegawai Perhubungan Awam (PPA) dari Jabatan/Agensi di bawah JPM.
Sesi perkongsian ilmu turut diadakan semasa mesyuarat iaitu mengenai ‘Kesiapsiagaan Pengurusan Bencana’ yang disampaikan oleh Encik Sapian bin Mamat, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta ‘Pelan Komunikasi dan Pengurusan Isu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15)’ yang disampaikan oleh Encik Mohammad Azlan Charles bin Abdullah, Pegawai Perhubungan Awam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kedua-dua taklimat ini telah memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada semua PPA mengenai situasi dan proses yang terlibat dalam pengurusan bencana khususnya banjir dan juga mengenai proses perjalanan PRU Ke-15.