logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

2 Timbalan Perdana Menteri, 25 Ahli Kabinet Angkat Sumpah Jawatan Menteri

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2022 - Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Yang Berhormat Anggota Jemaah Menteri telah berlangsung pada petang ini di Balairung Seri, Istana Negara.
Dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 Menteri Kabinet telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Turut berangkat pada majlis istiadat ini ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri turut hadir menyaksikan majlis istiadat tersebut.
Kesemua Jemaah Menteri juga melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.
Turut hadir menyaksikan majlis istiadat ini juga ialah YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 262
  • Total visitors: 164
  • Average time: 00:09:34
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.104
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100168