logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Mula Tugas Sebagai Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 5 Disember 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk melantik YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu berkuatkuasa 3 Disember 2022.
YAB Timbalan Perdana Menteri diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan pada pagi ini telah mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di Blok Barat Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Sejurus selesai sesi mengimbas kad perakam waktu, YAB Timbalan Perdana Menteri bergerak ke ruang pejabat beliau bagi sesi menandatangani buku Selamat Datang dan Selamat Bertugas.
Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri pada pagi disambut oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan pegawai-pegawai kanan JPM.
 
 
 
 

 


  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 987
  • Total visitors: 592
  • Average time: 00:14:25
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.509
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100880