YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Mula Tugas Rasmi Sebagai Timbalan Perdana Menteri
- : 2131
PUTRAJAYA, 5 Disember 2022 - YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof memulakan tugas secara rasmi pada hari ini sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan, YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengimbas kad perakam waktu dan seterusnya menandatangani buku Selamat Datang dan Selamat Bertugas di pejabat beliau di Blok Timur Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri pada hari ini juga disambut oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan pegawai-pegawai kanan JPM.


