Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
- : 510
Putrajaya, 6 Disember 2022 – Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan pada pagi ini untuk melaksanakan pengauditan bagi pensijilan semula EKSA di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Gerakan Optimis, Aras 3, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Adila Sabri bin Muhammad, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, JPM.
Pelaksanaan pengauditan bagi pensijilan semula EKSA di JPM oleh barisan Juruaudit daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), JPM bermula pada hari ini dan akan berakhir pada esok, 7 Disember 2022.
Menyingkap latar belakang pelaksanaan EKSA, ia telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.




