logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Taklimat Lapor Diri Dan Penyerahan Surat Penempatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 Lantikan Baharu Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 7 Disember 2022 – Seramai 69 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 lantikan baharu di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melapor diri pada 2 Disember 2022 yang lalu dan pada pagi ini telah diadakan satu Majlis Taklimat Lapor Diri dan Penyerahan Surat Penempatan yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM di Dewan Serbaguna, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Para pegawai lantikan baharu ini akan ditempatkan di Pentadbiran Am, JPM dan Jabatan/Agensi di bawahnya.

Dalam ucapan pembukaan, TKSUK merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas pelantikan para pegawai yang terlibat. Beliau juga mengingatkan agar para pegawai khususnya lantikan baharu ini mematuhi semua peraturan bagi penjawat awam yang berkuatkuasa.

TKSUK turut mengharapkan agar para pegawai yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang pengajian dapat mengaplikasikan bidang kemahiran masing-masing dalam urusan tugasan seharian kelak selain dapat memberikan khidmat bakti yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. 

 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 352
  • Total visitors: 210
  • Average time: 00:12:24
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.147
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100173