logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Mesyuarat Penutupan Audit Pensijilan Semula EKSA Tahun 2022 Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 8 Disember 2022 – Pengauditan bagi pensijilan semula kali ketiga Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh barisan Juruaudit daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), JPM telah dilaksanakan pada 6 dan 7 Disember 2022.

Hasil penemuan audit telah dibentangkan oleh Puan Wan Rafidah binti Awg Isa, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Puan Selvakumari a/p Selvadasan, Ketua Penolong Pengarah, kedua-duanya daripada Bahagian Perundingan Pengurusan (2), MAMPU dalam Mesyuarat Penutupan Audit Pensijilan Semula EKSA Tahun 2022.

YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM selaku Pengerusi mesyuarat telah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MAMPU kerana telah melaksanakan pengauditan dan hasil penemuan akan diambil tindakan penambahbaikan dengan segera oleh Bahagian-bahagian yang terlibat di Pentadbiran Am, JPM.

Turut hadir dalam Mesyuarat Penutupan di Bilik Persidangan Dinamik, Aras 2, Setia Perdana 1, Setia Perdana, Putrajaya ini ialah YBrs. Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Transformasi Pemodenan Pengurusan) MAMPU dan YBrs. Encik Lornie bin Enggong, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan (2), MAMPU, JPM.


  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 30
  • Total visitors: 17
  • Average time: 00:02:20
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.543
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100885