Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek Kumpulan Wang Covid-19 (KWC) Bilangan 2 Tahun 2022 Jabatan Perdana Menteri
- : 358
KOTA KINABALU, 9 Disember 2022 - Mesyuarat Pemantauan Status Pelaksanaan Projek Kumpulan Wang COVID-19 (KWC) Bilangan 2 Tahun 2022 Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM ini bertujuan membincangkan status dan halatuju pelaksanaan projek/program KWC untuk memberi manfaat segera kepada rakyat dan merancakkan semula ekonomi negara selepas pandemik COVID-19.
Sebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan peruntukan KWC bagi pelaksanaan 12 projek/program oleh 11 Jabatan/Agensi di bawah JPM.
Turut hadir dalam mesyuarat ialah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM, YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan JPM serta Ketua-ketua dan wakil-wakil Jabatan/Agensi di bawah JPM.