Lawatan Rasmi Pemantauan Projek Kompleks Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah
- : 297
Lawatan Rasmi Pemantauan Projek oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Negeri Sabah telah diadakan pada 9 Disember 2022.
Lawatan yang tertumpu di Tapak Projek Pembinaan Kompleks Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Sepanggar, Kota Kinabalu ini bertujuan mendengarkan taklimat berkenaan status pelaksanaan projek yang telah disampaikan oleh wakil Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai Pegawai Penguasa projek.
Delegasi JPM turut dimaklumkan secara keseluruhannya pelaksanaan projek ini adalah mengikut jadual dengan kemajuan fizikal sebenar 24.77% dan dijangka siap mengikut perancangan.
Projek ini telah mula beroperasi pada 14 Julai 2021 dan dijangkakan siap semasa pada 18 Mei 2024.
Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM dan YBhg. TKPj Dato' Sri Ahmad Khusairi bin Yahya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi, SPRM.