Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsensi Baharu Dengan Jabatan Perdana Menteri
- : 671
PUTRAJAYA, 12 Disember 2022 - Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsensi Baharu dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berlangsung pada pagi ini di Auditorium, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Tujuan taklimat adalah untuk memberikan pendedahan dan maklumat terkini berkaitan pengurusan kenderaan konsensi di bawah Perjanjian Konsensi 2 (CA2).
Turut hadir dalam sesi ini juga ialah YBrs. Encik Adila Sabri bin Muhammad, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, JPM; Encik Haji Zulkifli bin Abd Aziz, Ketua Bahagian Operasi SPANCO; para pegawai penyelia kenderaan dan pegawai kewangan Jabatan/Agensi di bawah JPM yang bertanggungjawab menguruskan kenderaan SPANCO.