logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Kerajaan Gerakkan Langkah Proaktif Dalam Pengurusan Bencana Banjir

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 - Kerajaan akan mengerakkan langkah proaktif dalam pengurusan bencana banjir termasuk mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) lebih awal sebagai kesiapsiagaan menghadapi monsun timur laut.
Melalui kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan yang mempunyai jumlah taburan hujan tinggi dan dijangka menyebabkan banjir akan diberikan tumpuan.
Ini antara petikan intipati yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri semasa sidang media sejurus selepas tamat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 3 Tahun 2022 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada petang ini.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas); YB Datuk Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) serta YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.
Turut hadir juga ialah YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan YBhg. Datuk Khairul Shahril Idrus, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pengurusan Pasca Bencana), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), JPM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 101
  • Total visitors: 64
  • Average time: 00:07:28
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.044
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106584