Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK), Jabatan Perdana Menteri
- : 702
Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 11 Tahun 2022 telah diadakan pada 16 Disember 2022 di Forest City Golf Hotel, Johor Bahru, Johor.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM ini bertujuan membincangkan Prestasi Perbelanjaan DE JPM (P06 & P07) Tahun 2022. Selain itu, ia juga bertujuan membincangkan Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan JPM di samping menilai Laporan Lawatan Pemantauan Projek JPM sehingga November 2022.
Turut hadir ke mesyuarat ini juga ialah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM dan semua ketua Jabatan/Agensi di bawah JPM.