Lawatan Tapak Projek Pembangunan Oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Ke Johor
- : 599
JOHOR, 17 Disember 2022 - YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini telah mengadakan lawatan tapak projek pembangunan di negeri Johor.
Lawatan dimulakan dengan sesi kunjungan ke Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Johor di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setia Tropika, Kempas.
TKSUK seterusnya melawat ke Projek Menaiktaraf dan Penyelenggaraan Asrama Semai Bakti Felda di Jalan Serama, Johor Bahru. Projek ini baharu sahaja selesai di peringkat kerja-kerja meroboh pada 8 Oktober 2022 yang lalu dan kerja-kerja menaiktaraf dijangka bermula pada Februari 2023.
Lawatan adalah bertujuan sebagai pemantauan di peringkat kementerian pengawal dari masa ke semasa bagi memastikan projek berjalan sepertimana yang telah dirancang.
Turut hadir ke sesi lawatan ini ialah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM; YBhg. Dato’ Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APM; YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri Johor dan Yang Setia Penolong Pesuruhjaya YBrs. Tuan Kamal bin Mokhtar, Pengarah APM Negeri Johor.