logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Kursus Peningkatan Kemahiran Pemanduan Dan Latihan Amali 4WD Tahun 2022 Jabatan Perdana Menteri

 

Kursus Peningkatan Kemahiran Pemanduan dan Latihan Amali 4WD 2022, Jabatan Perdana Menteri (JPM) anjuran Unit Kenderaan, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPM telah diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2022 yang lalu di Sungai Sendat, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihadiri seramai 20 pemandu yang terdiri daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Pentadbiran Am JPM.
Kursus ini diadakan bagi melahirkan pemandu kenderaan jabatan yang berupaya mengendalikan kenderaan dalam pelbagai keadaan muka bumi, cuaca dan persekitaran. Selain itu, mereka turut dilatih agar tidak mengenepikan aspek keselamatan pemandu dan penumpang serta menjadikan aspek penjagaan kenderaan sebagai keutamaan.
Kursus ini juga telah disampaikan oleh ASP Fathul Muin bin Abd Aziz, penceramah dari PDRM.
Hasil penganjuran daripada kursus ini ialah ia dapat memupuk semangat berpasukan dalam menghadapi sesuatu perkara serta menerima arahan dengan jelas bagi menjalankan tugas yang diberikan. 

 

 

 

 

 


  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 345
  • Total visitors: 204
  • Average time: 00:12:06
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.141
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100172