logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Mesyuarat Jawatankuasa Audit Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 4 Tahun 2022

PUTRAJAYA, 20 Disember 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Audit Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 4 Tahun 2022 telah diadakan pada pagi ini di Bilik Persidangan Dinamik, Aras 2, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Mesyuarat yang dikendalikan oleh Bahagian Audit Dalam, JPM serta dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM ini bertujuan membentangkan kemajuan dan dua (2) laporan pengauditan bagi suku keempat tahun 2022.

Selain itu, mesyuarat ini juga membentangkan Rancangan Audit bagi tahun 2023 untuk pertimbangan dan kelulusan Pengerusi dan Ahli Mesyuarat.

Penyampaian sijil bagi Program Anak Angkat kepada empat (4) Jabatan/Agensi iaitu Lembaga Penasihat, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan turut diadakan dan disampaikan oleh TKSUK sebagai penghargaan.

TKSUK turut berharap agar Jabatan/Agensi dapat meneruskan usaha berterusan bagi memastikan pengurusan kewangan sentiasa di tahap cemerlang.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM; YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan, JPM; wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan; Mahkamah Negeri Sabah; Mahkamah Majistret Beaufort; serta pegawai-pegawai kanan JPM.

 


  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 268
  • Total visitors: 166
  • Average time: 00:09:48
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.106
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100169