logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Interaksi Wilayah Persekutuan Bersama YAB Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2022 – Majlis Interaksi Wilayah Persekutuan merupakan platform yang diwujudkan supaya penyelarasan dan pemantauan perkara-perkara yang melibatkan pelaksanaan dasar dan peraturan khusus di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
 
Majlis yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ini merupakan kesinambungan kepada Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 2020. Majlis ini dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen, wakil-wakil Jabatan Wilayah Persekutuan serta agensi-agensi di bawahnya.
 
Majlis Interaksi bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) yang diadakan di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 1, Kuala Lumpur pada pagi ini adalah untuk bertindak sebagai platform rasmi perjumpaan dan perbincangan antara Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Ahli-Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan TKSUK, JPM dan YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang lain.
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 1027
  • Total visitors: 611
  • Average time: 00:14:16
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.529
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100882