logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Pembangunan Dalam Negara Diteruskan Tanpa Mengabaikan Nasib Rakyat Di Peringkat Bawah

PUTRAJAYA, 31 Disember 2022 - Kerajaan Perpaduan akan meneruskan pembangunan dalam negara tanpa mengabaikan nasib rakyat di peringkat bawah.

Selain itu, tumpuan Kerajaan Perpaduan pada masa kini juga adalah untuk memastikan keyakinan semua pihak terhadap kestabilan negara dan bersih dari rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Ini antara intipati ucapan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan Amanat Khas sempena Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 pada malam ini.

Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini diadakan sebagai alternatif sambutan ambang tahun baharu yang diadakan saban tahun, sekaligus bagi menghormati rakyat yang terjejas dengan bencana banjir di beberapa buah negeri.

Program yang telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya mulai jam 6.30 petang tadi juga disertakan dengan pelbagai aktiviti; antaranya solat maghrib dan solat hajat berjemaah, bacaan yasin serta doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan negara.

Sejurus selepas itu turut diadakan solat Isyak berjemaah, malam qasidah, selawat dan tausiyah.

Turut hadir dalam program ini ialah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); barisan Jemaah Menteri yang beragama Islam; dan seramai lebih 2,000 jemaah.

Turut hadir ke majlis ini juga ialah YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pegawai-pegawai kanan Pentadbiran Am JPM.

 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 294
  • Total visitors: 186
  • Average time: 00:15:03
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.160
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106590