Kunjungan Hormat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Ke Atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri
- : 1484
PUTRAJAYA, 13 Januari 2023 - Kunjungan hormat Mejar Jeneral Dato' Zahari bin Mohd Ariffin, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara ke atas YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada pagi ini di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Perbincangan antaranya turut memberi fokus terhadap peningkatan keupayaan dan tata kelola Istana Negara sebagai badan utama yang mendukungi institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
