logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan

Putrajaya, 15 Januari 2023 – YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama 27 Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dan 10 Pegawai Kanan Kerajaan telah menghadiri program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Program dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.

Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera Kerajaan.

Aspek-aspek ini merangkumi Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Persidangan Antarabangsa dan Kepentingan Negara, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme, Pembangunan Lestari, Senario Ekonomi dan Cabaran, serta taklimat berkaitan Komunikasi Media.

YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara turut menyampaikan taklimat Pelaksanaan KPI Anggota Jemaah Menteri semasa sesi permukiman tersebut.

Sumber : Unit Korporat dan Antarabangsa, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

 


  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 373
  • Total visitors: 224
  • Average time: 00:13:24
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.161
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100176