Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari 2023
- : 745
PUTRAJAYA, 16 Januari 2023 – Jemaah Menteri dan penjawat awam diseru agar bekerjasama dengan lebih erat bagi mewujudkan sistem pentadbiran lebih baik dan telus serta perlu bertekad membawa perubahan dalam pentadbiran bagi memartabatkan bangsa dan negara.
Ini merupakan antara intipati ucapan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri semasa perjumpaan beliau bersama warga JPM bagi bulan Januari 2023 di Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.