logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Bicara Ilmu Siri 1/2023: 2023 Antara Azam Dan Harapan

PUTRAJAYA, 16 Januari 2023- Program Bicara Ilmu Siri 1/2023: 2023 Antara Azam dan Harapan yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat anjuran Bahagian Sumber Manusia (BSM), JPM telah diadakan pada hari ini di Dewan Serbaguna, Kompleks B, Jabatan Perdana.

Program Bicara Ilmu ini dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan semangat dan azam baru Tahun 2023. Peserta juga akan didedahkan tentang cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan azam yang telah diimpikan. Program ini diadakan adalah bertujuan memberikan kesedaran tentang pentingnya gaya hidup positif bagi menghadapi cabaran di tahun baru.

Selain itu, penganjuran program ini turut mendedahkan kaedah pengurusan diri dan emosi yang lebih teratur; memberi pendedahan tentang strategi pengurusan masa yang lebih jitu bagi melancarkan tugas-tugas seharian; dan memberikan pendedahan tentang nilai-nilai murni yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai penjawat awam.

Seramai 150 orang peserta telah menghadiri program Bicara Ilmu. Seorang penjawat awam perlu fokus kepada peningkatan diri serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam usaha mencapai matlamat serta sentiasa bersungguh-sungguh dalam memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang diberikan. Adalah diharapkan agar semua warga JPM mendapat suntikan semangat untuk merealisasikan azam dalam melaksanakan perubahan yang lebih dinamik pada tahun 2023.


  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 286
  • Total visitors: 178
  • Average time: 00:09:56
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.118
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100169