Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022
- : 624
PUTRAJAYA, 12 Disember 2022 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan pada petang ini di Bilik Persidangan Dinamik, Aras 2, Setia Perdana 1.
Mesyuarat ini dilaksanakan selaras dengan penetapan Klausa 9.3 Dokumen Kualiti Malaysian Standards (MS) ISO 9001:2015 dan berperanan sebagai platform untuk membincangkan input kajian semula pengurusan.
MKSP ini juga adalah sebagai usaha untuk memastikan perkhidmatan dapat disampaikan dengan sebaiknya selaras dengan matlamat strategik dan konteks JPM.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Shahrul Kamal Osman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia yang turut menjalankan tugas Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Setiausaha-setiausaha Bahagian serta Pemegang Prosedur Kerja MS ISO 9001:2015 Bahagian Pentadbiran Am, JPM.