logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Karnival MAIWP 2023

ย 
28 Januari 2023 โ€“ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) julung kalinya pada hari ini menganjurkan ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐Œ๐€๐ˆ๐–๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ bagi menyebarluas peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh MAIWP kepada mereka yang memerlukan selain memperkasakan nilai kebersamaan MAIWP dengan agensi-agensi yang terlibat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli menyempurnakan Karnival MAIWP 2023.
Karnival MAIWP ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Januari 2023 dengan membawa tema ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐€๐ˆ๐–๐ ๐ค๐ž ๐€๐ซ๐š๐ก ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง โ€“ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ฒ๐š ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š.
Pada hari ini, sebanyak 100 reruai disediakan yang mengabungkan pameran jualan usahawan asnaf MAIWP, perkhidmatan dan institusi pendidikan serta kesihatan dibawah MAIWP. Selain itu juga, rakanโ€“rakan strategik MAIWP turut membuka reruai untuk orang ramai.
Dalam majlis ini juga, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan sijil penghargaan, plak serta cek berjumlah RM3,000 kepada Ikon Usahawan MAIWP iaitu Puan Robiatul Adawiah Ibrahim dan Ikon Pendidikan MAIWP, Encik Muhammad Ameerullah Sahudin.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; YB Senator Datoโ€™ Setia Dr. Haji Mohd Naโ€™im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP; dan YBhg. Datoโ€™ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 1031
  • Total visitors: 612
  • Average time: 00:14:16
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.529
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2ยฐ56'10.4"N 101ยฐ41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta ยฉ 2021, Jabatan Perdana Menteri
Dasar Privasiย | Dasar Keselamatan | Dasar Web |ย Penafianย |ย Arkibย |ย Bantuanย | Bancian
100883