logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Wilayah Persekutuan Kepada 164 Penerima Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023

 
Putrajaya, 1 Februari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 164 penerima sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2023 yang telah diadakan pada pagi ini di Balairung Seri, Istana Negara.
Pada istiadat pengurniaan kali ini, tujuh (7) individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kedua iaitu Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) yang membawa gelaran Datuk Seri. 15 individu pula dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga iaitu Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran Datuk. 16 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keempat iaitu Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.), 19 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kelima iaitu Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.), 15 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keenam iaitu Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.) dan 92 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketujuh iaitu Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.).
Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023.
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 19
  • Total visitors: 11
  • Average time: 00:01:52
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.539
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100884