Kunjungan Hormat Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Ke Atas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM
- : 892
PUTRAJAYA, 8 Februari 2023 - Kunjungan hormat YBhg. Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke atas YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM pada tengah hari ini di Pejabat TKSUK, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Kunjungan ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan langkah-langkah terbaharu dan bersifat lebih segar yang boleh dilaksanakan oleh pihak J-KOM dalam menerangkan inisiatif dan program-program Kerajaan Perpaduan kepada komuniti dan masyarakat.