logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Lawatan Tapak Projek Pembangunan Oleh Ketua Setiausaha Negara Di Sabah

 
Kota Kinabalu, 10 Februari 2023 - YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada hari ini telah mengadakan lawatan tapak projek pembangunan di Kuarters Flat Persekutuan KM4, Jalan Tuaran Sabah.
Kuarters perumahan kerajaan yang menempatkan sejumlah 27 keluarga ini siap dibina pada tahun 1983 dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenalpasti kerosakan kritikal pada struktur bangunan.
Beberapa penyelesaian jangka masa pendek dan panjang telah dikenalpasti termasuk memindahkan segera penghuni kuarters ke kediaman sementara yang selamat dan selesa dalam jangka masa terdekat.
Cadangan meroboh dan pembangunan semula kuarters persekutuan akan diangkat untuk kelulusan dalam permohonan projek Rolling Plan Ke 4 RMK12 Tahun 2024.
Seterusnya, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN juga mengadakan lawatan tapak projek pembangunan di Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu, Sabah.
Kerosakan pada struktur telah dikesan dan kesemua sembilan agensi yang terlibat termasuk Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia (Bahagian Operasi IMM 13) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (Cawangan Kawalan Amalan Perubatan) telah ditempatkan semula di beberapa premis lain bagi memastikan keselamatan semua pegawai dan anggota.
Selain itu, lawatan ini juga bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus diutamakan.
Turut hadir kedua-dua lawatan projek pembangunan ini ialah YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan & Pembangunan (TKSU(K&P), JPM dan YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian Pembangunan, JPM.
Turut hadir juga ialah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM; YBhg. Dato' Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah; dan YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya.
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 353
  • Total visitors: 211
  • Average time: 00:12:26
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.148
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100173