Istiadat Sambutan Negara Sempena Lawatan Negara TYT Frank-Walter Steinmeier, Presiden Republik Persekutuan Jerman Ke Malaysia
- : 464
KUALA LUMPUR, 17 Februari 2023 - Istiadat Sambutan Negara Sempena Lawatan Negara TYT Frank-Walter Steinmeier, Presiden Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia diiringi oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertempat di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur.
Turut hadir, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara serta barisan anggota Kabinet kerajaan.
Turut hadir sama, YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Beliau dan anggota rombongannya turut diperkenalkan kepada anggota Jemaah Menteri dan perwakilan diplomatik asing yang menghadiri upacara itu.




