logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Perjumpaan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri “S.H.I.F.T.: Manhaj Ke Arah Pembinaan G.R.E.A.T. MADANI”

PUTRAJAYA, 23 Februari 2023 – YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini telah menyempurnakan Majlis Perjumpaan TKSUK Bersama Warga JPM “S.H.I.F.T.: Manhaj Ke Arah Pembinaan G.R.E.A.T. MADANI” di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
 
Datuk Seri Sollehuddin di dalam amanat beliau mengulas evolusi dasar kerajaan bagi menekankan kepentingan penjawat awam terutamanya warga JPM sebagai tonggak kejayaan dasar kerajaan walaupun pimpinan silih berganti. Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa tanggungjawab tersebut datang dengan cabaran-cabaran tertentu.
 
Antaranya, pemerkasaan sinergi antara penjawat awam dan kerajaan baharu, kepekaan penjawat awam terhadap perkembangan semasa dan faktor luar jangka, kebolehupayaan penjawat awam mengurus persepsi masyarakat masa kini dan paling utama adalah komitmen penjawat awam bagi membantu kerajaan membangun Malaysia Madani.
 
YBhg. Datuk Seri juga menekankan keperluan warga JPM untuk mengubah mentaliti orang luar serta mereka yang terlibat dalam projek-projek kerajaan bahawa mendapat projek kerajaan bukan untuk menjadikan mereka kaya, tetapi matlamat utamanya haruslah untuk membantu rakyat. Beliau menambah, “penjawat awam harus berusaha membantu kerajaan dalam menangani masalah ketirisan terutama ketirisan tanpa sedar.”
 
Selain itu, YBhg. Datuk Seri turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada wira negara terutamanya Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang melaksanakan misi Search and Rescue (SAR) ke Turkiye yang terjejas akibat bencana gempa bumi baru-baru ini.
 
Dalam majlis tersebut juga, YBhg. Datuk Seri telah merasmikan Pelan Strategik Pendigitalan JPM, Pelan Pengurusan Risiko JPM dan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan JPM.
 
Selain itu, YBhg. Datuk Seri turut menerima Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). JPM telah berjaya memperoleh pensijilan semula EKSA bagi kali ketiga pada 22 Disember 2022 dengan kategori cemerlang.
 
Turut hadir dalam majlis perjumpaan ini ialah YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM; Ketua-ketua Jabatan / Agensi di bawah JPM; Setiausaha-setiausaha Bahagian Pentabiran Am, JPM serta warga JPM. Majlis turut bersiaran secara atas talian melalui platform Zoom bagi melibatkan warga JPM yang tidak dapat hadir secara fizikal ke Auditorium Perdana.
 
    
 
  
 
           
 

  • Stats on: 2023-10-01
  • Total visited pages: 980
  • Total visitors: 587
  • Average time: 00:14:27
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.504
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100879