logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Permukiman Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan Tahun 2023

 

PUTRAJAYA, 25 Februari 2023 – Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat kepada 27 Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan semasa Permukiman Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Program dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan.
Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera Kerajaan.
Aspek-aspek ini merangkumi KPI Madani Kerajaan Perpaduan, Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Integriti dan Tata Kelola Organisasi, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme serta Komunikasi Media.
Program turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan 5 orang Pegawai Kanan Kerajaan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 297
  • Total visitors: 185
  • Average time: 00:10:54
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.125
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100171