logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

International Forum On Islamophobia: Meaningful Engagement Through MADANI Discourse

Β 

PUTRAJAYA, 27 Februari 2023 – πΌπ‘›π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘›π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ 𝐼𝑛𝑠𝑑𝑖𝑑𝑒𝑑𝑒 π‘œπ‘“ πΌπ‘ π‘™π‘Žπ‘šπ‘–π‘ π‘‡β„Žπ‘œπ‘’π‘”β„Žπ‘‘ (IIIT) dengan kerjasama Kementerian Luar Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan πΌπ‘›π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘›π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ πΉπ‘œπ‘Ÿπ‘’π‘š π‘œπ‘› πΌπ‘ π‘™π‘Žπ‘šπ‘œπ‘β„Žπ‘œπ‘π‘–π‘Ž: π‘€π‘’π‘Žπ‘›π‘–π‘›π‘”π‘“π‘’π‘™ πΈπ‘›π‘”π‘Žπ‘”π‘’π‘šπ‘’π‘›π‘‘ π‘‡β„Žπ‘Ÿπ‘œπ‘’π‘”β„Ž 𝑀𝐴𝐷𝐴𝑁𝐼 π·π‘–π‘ π‘π‘œπ‘’π‘Ÿπ‘ π‘’ (Forum Antarabangsa tentang Islamofobia: Libatserta Bermakna Melalui Wacana Madani).
Forum tersebut telah diadakan di Dewan Damar Sari, Kompleks F8, Presint 1, Putrajaya dengan dihadiri lebih 1000 orang peserta terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam, duta dan pesuruhjaya tinggi, pemimpin agama, badan bukan kerajaan dan aktivis.
YB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Luar menyampaikan ucapan aluan, manakala ucaptama disampaikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang seterusnya merasmikan majlis penutup forum.
Forum menampilkan Dr. Ahmad El- Muhammady, Penolong Profesor di πΌπ‘›π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘›π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ 𝐼𝑛𝑠𝑑𝑖𝑑𝑒𝑑𝑒 π‘œπ‘“ πΌπ‘ π‘™π‘Žπ‘šπ‘–π‘ π‘‡β„Žπ‘œπ‘’π‘”β„Žπ‘‘ π‘Žπ‘›π‘‘ πΆπ‘–π‘£π‘–π‘™π‘–π‘ π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› (ISTAC), dan Profesor Ziauddin Sardar, Pengarah πΆπ‘’π‘›π‘‘π‘Ÿπ‘’ π‘“π‘œπ‘Ÿ π‘ƒπ‘œπ‘ π‘‘π‘›π‘œπ‘Ÿπ‘šπ‘Žπ‘™ π‘ƒπ‘œπ‘™π‘–π‘π‘¦ π‘Žπ‘›π‘‘ πΉπ‘’π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘’π‘  𝑆𝑑𝑒𝑑𝑖𝑒𝑠 (CPPPS). Forum dikendalikan oleh Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif πΊπ‘™π‘œπ‘π‘Žπ‘™ π‘ƒπ‘’π‘Žπ‘π‘’ π‘€π‘–π‘ π‘ π‘–π‘œπ‘› (GPM).
Perbuatan membakar kitab Al-Quran secara terbuka baru-baru ini oleh pelampau di Sweden, kejadian pembunuhan beramai-ramai umat Islam semasa solat Jumaat di sebuah masjid di New Zealand, pengharaman pembinaan menara di masjid-masjid di Switzerland, keengganan dan penolakan oleh beberapa kerajaan Eropah untuk menerima pelarian Islam yang melarikan diri mencari perlindungan dari peperangan di negara mereka di Timur Tengah, dan gangguan berterusan terhadap wanita Islam yang memilih untuk memakai Hijab di pelbagai negara Barat hanyalah beberapa contoh pedih tentang Islamofobia yang jelek yang kini melanda banyak masyarakat Barat dan negara bukan Islam yang lain.
Forum ini diadakan untuk menangani isu mendesak Islamofobia dengan mengambil semangat Malaysia MADANI. Malaysia MADANI, seperti yang didukung secara aktif oleh YAB Perdana Menteri, dibina di sekitar enam nilai teras iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAT), N (keyakiNan) dan I (Ihsan). Pematuhan kepada nilai-nilai utama ini bertujuan untuk memupuk semangat Rahmah (iaitu, belas kasihan) dan Karamah Insaniah (menghormati maruah manusia) melalui dasar dan program kerajaan.
Dengan menghargai dan menghormati hak dan maruah setiap individu, diharapkan umat Islam dapat memperbetulkan salah faham terhadap Islam oleh orang lain. Aspek penting Malaysia MADANI ialah keperluan untuk menghormati dan menyanjungi hak dan maruah setiap manusia tanpa mengira warna kulit, agama atau latar belakang sosioekonomi.
Objektif forum adalah:
β­• untuk menampikan Malaysia sebagai model toleransi yang menggalakkan libatserta berbilang agama dan budaya yang sihat dan segar;
β­• menyediakan platform untuk dialog dan perbincangan intelektual mengenai punca, proses dan tindak balas sewajarnya yang diperlukan bagi menangani isu Islamofobia, sikap enggan bertoleransi dan diskriminasi agama;
β­• memberi peluang untuk kerjasama di peringkat institusi dan juga kolaborasi sosial serta mengadakan jaringan di kalangan pihak berkepentingan dan pemegang taruh ke arah memerangi Islamofobia dan diskriminasi agama; dan
β­• untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik terhadap Islam dan umat Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Semoga forum ini dapat memberi manfaat dalam memupuk kerjasama dan persefahaman di kalangan umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan seluruh dunia.Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 30
  • Total visitors: 17
  • Average time: 00:02:36
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    872.543
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2Β°56'10.4"N 101Β°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta Β© 2021, Jabatan Perdana Menteri
100885