Majlis Perasmian Hari Terbuka Putrajaya 2023 di Dewan Seri Siantan, Kompleks PPj, Presint 3, Putrajaya.
- : 595
PUTRAJAYA, 2 Mac 2023 - YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Terbuka Putrajaya 2023 di Dewan Seri Siantan, Kompleks PPj, Presint 3, Putrajaya.
Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Hari Terbuka Putrajaya 2023 memberikan peluang dan tawaran perkhidmatan terus kepada rakyat melalui kaunter dan reruai Kementerian serta agensi awam dan swasta bagi mengukuhkan integrasi Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama komuniti.
Orang ramai dijemput memeriahkan Hari Terbuka Putrajaya 2023 yang bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya mulai 2 hingga 5 Mac 2023.




