logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Mac 2023

 

PUTRAJAYA, 6 Mac 2023 – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa perjumpaan beliau bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada pagi ini di Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya telah menyatakan penghargaan terhadap komitmen penjawat awam dan Jabatan Peguam Negara dalam kejayaan rundingan dengan 𝐼𝑛𝑡𝑒𝑟𝑛𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑃𝑒𝑡𝑟𝑜𝑙𝑒𝑢𝑚 𝐼𝑛𝑣𝑒𝑠𝑡𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑜𝑚𝑝𝑎𝑛𝑦 (IPIC) baru-baru ini.
Selain itu, beliau turut memuji jentera pengurusan banjir Persekutuan dan negeri yang bertindak pantas ketika berlakunya banjir di Johor.
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan Mac Tahun 2023 pada pagi ini turut dihadiri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri; Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri di JPM; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM; dan wakil-wakil penjawat awam daripada setiap jabatan/agensi di bawah JPM.
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 346
  • Total visitors: 205
  • Average time: 00:12:15
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.142
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100173